2017年5月5日星期五

KEJOHANAN MERENTAS DESA KE-43 SMK MUNSHI ABDULLAH 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA KE-43 SMK MUNSHI ABDULLAH SABAK BERNAM 2017


Kejohanan Merentas Desa Sekolah diadakan pada 13 Januari 2017(jumaat). Kejohanan merentas desa tahun 2017 seperti tahun-tahun sebelum iaitu pada bulan Januari. Kejohanan ini berlangsung tepat pada pukul 7.20 pagi sehingga pukul 12.30 tengah hari. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk menyempurnakan aktiviti Unit Kokurikulum sekolah untuk tahun 2017.Kejohanan ini disertai oleh semua murid yang sihat.Semua peserta telah menjalani latihan selama dua minggu sebelum hari kejohanan iaitu latihan pada hari Isnin dan Rabu iaitu pada 9 Januari dan 11 Januari bermula pada pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.Kategori yang dipertandingkan ialah Lelaki Kelas 1 yang berlari sejauh 9 kiilometer, Lelaki Kelas 2 dan 3 yang berlari sejauh 7 kilometer sementara Perempuan Kelas 1, 2 dam 3 berlari sejauh 5 kilometer sahaja. Trek larian telah disediakan oleh Jawatankuasa Kejohanan. Guru-guru pula bertugas sebagai penjaga chekpoint dibantu oleh murid. Murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan membantu guru dalam pengelolaan kejohanan contohnya menjadi AJK rawatan kecemasan dan rondaan. Rumah sukan yang menyertai kejohanan ini dibahagikan kepada  4 rumah sukan iaitu Kuning, Merah, Biru dan Hijau.

Pada hari kejohanan, semua murid mendaftar sebagai peserta oleh guru rumah sukan masing-masing. Pemberian nombor telah dilangsungkan sehari lebih awal untuk mengelakkan masalah pada hari kejohanan. Murid-murid dikumpulkan di Dataran Sihat. Selepas pendaftaran, aktiviti memanaskan badan telah diadakan iatu senam robik. Pada masa yang sama, guru-guru yang bertugas di check point bergerak ke tempat masing-masing. Pasukan kecemasan juga bergerak ke cheak point dan stesen masing-masing seperti yang telah ditetapkan sebelum ini. Para peserta dilepaskan mengikut sesuatu kategori melalui trek yang sama iaitu di Jalan Besar Perenggan sebelum memasuki Jalan Dawam Barat. Kemudian, sesuatu kategori itu berlari mengikut trek masing-masing. Pada masa ini, pihak sekolah telah meminta bantuan Pasukan Keselamatan Sekolah untuk mengawal lalu lintas di hadapan pintu pagar utama. Selain itu, pegawai yang bertugas juga telah memaklumkan kepada Balai Polis Sungai Air Tawar dan Klinik Sungai Air Tawar bagi tujuan mendapatkan bantuan jika ada sesuatu masalah yang timbul. Para peserta yang tiba di gsarisan penamat akan menerima kedudukan mereka dan masa yang dicatatkan. Kemenangan sesuatu rumah sukan itu dikira daripada mata yang berjaya dikumpul oleh peserta. Contohnya, pemenang tempat pertama akan memperoleh 30 mata, kedua 28 mata, ketiga 26 mata iaitu penurunan 2 mata  sehinggalah pemenang yang mendapat tempat ke-15 akan memperoleh 2 mata. Seterusnya, setiap peserta kejohanan yang menamatkan larian dalam masa 10 minit selepas peserta yang mendapat tempat ke-10 akan diberi 1 mata. Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan di Dewan Munshi.

Kejohanan merentas desa ini telah dirasmikan oleh Arwah YB Kamarol Zaki (Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sg Air Tawar).Ia merupakan kali terakhir beliau hadir untuk merasmikan acara yg diadakan SMK Munshi Abdullah. Beliau meninggal dunia 3 hari selepas merasmikan acara ini. Di samping itu, objektif kejohanan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat yang padu di kalangan guru,murid dan masyarakat setempat. Selain itu, melahirkan warga SMK Munshi Abdullah yang cerdas dan cergas. Seterusnya, dengan adanya kejohanan ini, pihak sekolah juga dapt mencungkil bakat laeian pelajar merentas desa ke peringkat daerah, negeri serta mendidik murid untuk mematuhi peraturan larian.Selain itu bagi memenuhi kalendar unit kokurikum bagi penyertaan ramai murid dalam sesuatu aktivuiti, Secara tidak langsung akan menaikkan nama sekolah nanti di peringkat daerah dan kebangsaan.Kejohanan ini juga dapat memupuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahli sesuatu rumah sukan.

Akhirnya, kejohanan merentas desa ini berjalan dengan jayanya, terbukti dengan kesungguhan semua peserta menamatkan pelarian sehingga ke garisan penamat dan semua guru setia da bertanggungjawab menjalankan tugasan dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Diharapkan kejohanan merentas desa dan aktiviti-aktiviti pada tahun-tahun akan datang menjadi lebih baik lebih meriah daripada tahun ini.


























KEJOHANAN MERENTAS DESA KE-43 SMK MUNSHI ABDULLAH 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA KE-43 SMK MUNSHI ABDULLAH SABAK BERNAM 2017 Kejohanan Merentas Desa Sekolah diadakan pada 13 Januari 2...